Wednesday, September 14, 2011

NIKMAT 54 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA

1.Tarikh keramat tanggal 31 Ogos 1957,negara kita telah MERDEKA.Merdeka dalam erti apa yang sebenarnya?

2. Selama 54 tahun MERDEKA, apakah kita telah benar benar MERDEKA? MERDEKA dari penjajah Inggeris? atau MERDEKA minda?,MERDEKA hati & perasaan?, MERDEKA kata-kata dan percakapan? MERDEKA perbuatan dan pergerakan?.

3. Ya,pada pandangan saya,kita dari segi bahasa telah MERDEKA tetapi dari segi keikhlasan hati,percakapan dan perbuatan,MINDA,AKAL dan FIKIRAN masih lagi terjajah dan dijajah seolah-olah kita MERDEKA dengan mengenali sejarah diri kita dari sudut pandangan orang lain/orang asing.

4.Pendapat saya,Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 3 - Ugama bagi Persekutuan (1) Ugama ISLAM ialah Ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di

mana-mana bahagian Persekutuan,merupakan salah satu NIKMAT MERDEKA yang terbesar yang telah di sumbangkan oleh pemimpin-pemimpin kita terdahulu ketika mendraf Perlembagaan Persekutuan demi
kesucian dan maruah ugama dengan meletakan Islam sebagai Ugama rasmi di Malaysia.

5. Lantaran termaktubnya perkara 3 didalam Perlembagaan Persekutuan tersebut (yang tersurat) dan maka yang tersiratnya yang ditinggalkan oleh para alim ulama terdahulu dimana Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud; Terbinanya Islam atas 5 perkara iaitu; 1.MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH; 2. SEMBAHYANG 5 WAKTU; 3. MENGELUARKAN ZAKAT; 4. BERPUASA DI BULAN RAMADAN dan ke 5. MENGERJAKAN HAJI (BAITULLAH).

Rumusan ringkas,atas pendapat dan pandangan saya sebesar-besar NIKMAT KEMERDEKAAN selama 54 TAHUN di negara bertuah ini ialah NIKMAT ISLAM yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia dan ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara kita.Nilai persefahaman,hormat menghormati antara kaum Melayu,Cina,India dan suku kaum di Sabah dan Sarawak menjadikan asas perpaduan Nikmat Kemerdekaan ini dapat kita pertahankan demi 1Malaysia, bumi yang dipijak adalah milik kita bersama.

No comments:

Post a Comment